Wahai kekasihku . . . .
Datanglah kepadaku dengan keizinan tuhanmu . Bahagiakanlah aku dengan kelebihan dan kekurangamu . Lindungilah maruahku seperti mana kamu melindungi maruah keluargamu dari dihina dan dicela . Jika hadirmu adalah kebahagiaan , muncullah agar hidupku sentiasa dilimpahi dengan senyuman dan rasa bahgia . Setiap saat bersama akan aku titipkan sebagai kenangan yang akan ku bawa hingga ke syurga .
Wahai tunangku . . . .
Peliharalah hubungan ini dengan sebaik-baiknya . Jika kita dipisahkan dengan jarak yang jauh , mungkin itu adalah salah satu cara untuk Allah melindungi kita dari melakukan perkara yang dilarang agar kita sentiasa menjadi hambanya yang soleh dan solehah . Sesungguhnya bukan untuk sementara perhubungan yang terjalin tapi kekal untuk sepanjang hayat kamu dan aku .
Wahai suamiku . . . .
Terimalah aku apa adanya . Janganlah dibandingkan aku dengan wanita yang lain sesungguhnya aku tidak pernah membandingkanmu dengan lelaki yang lain . Pabila mencintaimu itu indah , akan aku perindahkan kamu dengan setiap kekurangan yang kamu miliki . Jika aku tidak sempurna untukmu , jika aku tidak dianugerahkan kelebihan untuk memberikanmu zuriat , carilah seorang lagi isteri yang mampu memberikan kamu impian untuk memiliki anak dan menjadi seorang ayah . Sesungguhnya aku tahu itu adalah impian bagi setiap lelaki yang bergelar suami . Dan keizinan untuk kamu berkahwin lain adalah keikhlasan yang datang dari hatiku . Berkemungkinan ianya adalah satu keperitan bagi seorang wanita untuk dimadukan , tetapi itu adalah satu kelebihan yang aku miliki . Membahagiakan orang yang sentiasa membuat aku rasa bahagia .
Wahai imam ketika solatku . . . .
Bimbinglah aku kejalan yang diredhai tuhanku . Jadikanlah aku seorang anak , seorang isteri dan seorang ibu yang sentiasa dilindungi dari melakukan sebarang kejahatan dan kezaliman . Peliharalah auratku sebagai milikmu . Jadikanlah aku seperti mana yang kamu kehendaki supaya aku sentiasa disenangi olehmu .
Wahai ayah kepada zuriatku . . . .
Jadilah kamu seorang ayah yang sentiasa menyayangi anak-anak yang lahir dari rahimku . Didiklah mereka seperti mana kamu dididik semasa kamu kecil oleh ayah dan ibumu . Jadikanlah mereka seperti mana yang ayah dan ibumu ingin menjadikanmu dahulu . Lindungilah mereka seperti mana kamu dilindungi oleh tuhanmu . Pelajarilah mereka dengan ilmu yang sebaik-baiknya . Sayangilah mereka seperti mana kamu disayangi keluargamu semenjak kamu dilahirkan .
Wahai menantu kepada ibu dan bapaku . . . .
Sayangilah mereka melebihi dari kamu menyayangiku . Hormatilah mereka seperti mana kamu menghormati kedua ibu bapamu . Janganlah dijadikan mereka seperti mana yang tidak kamu kehendaki . Janganlah dibenci mereka kerana kelakuan dan perbuatan mereka kepadamu kelak . Sayanggg , jadilah kamu seorang anak menantu yang sentiasa disenangi keluargaku .
Wahai kekasih untuk seumur hidupku . . . .
Jika aku sudah dibenci dan mula tidak disenangi olehmu , kembalikanlah aku kepada keluargaku . Dimana tempat aku diambil , disitu jugalah tempat yang akan aku dikembalikan . Dan aku akan sentiasa mendoakanmu bertemu dan beroleh jodoh yang baik . Jika perpisahan kita telah ditakdirkan , terimalah sebagai suatu takdir yang baik . Mungkin aku diciptakan untukmu adalah sementara . Dan mungkin dia yang akan menjagamu sehingga ke akhir hayat . Sesungguhnya setiap perkara yang terjadi itu adalah rahsia Allah Yang Maha Mengetahui Segalanya . Dan kita adalah pelakon yang sentiasa dimainkan dengan permainan takdir . Bersabar itu suatu yang indah . Janganlah dikejar dunia tapi kejarlah apa yang kekal diakhirat kelak . Dan menyayangimu itu adalah terlalu indah dan sempurna bagiku dengan keizinan tuhanku :)
Teman hidupmu ,
Noor Azrin Zulkafle
Noor Azrin Zulkafle