10 Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Mengenai Perempuan
- Kadang-kadang perempuan suka cakap yang dia tak kesah . Contohnya , " Saya tak kesah awak nak keluar dengan kawan-kawan . Mereka lagi penting . Takpe . Keluar lahh . Malam nih tak payah mesej or call saya ea . Hihihi " . Abah lu lahh . Dorang kesah sebenarnya !!!
- Kadang-kadang perempuan memang susah nak hantar mesej permulaan kepada lelaki yang dia sayang . Bukan apa , dorang nih tak suka dikatakan terhegeh-hegeh sangat . So kepada lelaki , jangan fikir perempuan tak sayang korang bila dia tak hantar mesej or call korang dulu . Tak salah pun kalau lelaki yang mulakan perbualan .
- Jangan marah dan jangan kata tak suka kalau perempuan tuh bersikap ego . Kadang-kadang perempuan terpaksa bersikap ego untuk mempertahankan maruah diri .
- Perempuan paling tak suka kalau lelaki mendekati mereka hanya kerana mahu berkenalan dengan rakan-rakannya yang cantik sahaja . Berkawan biarlah ikhlas . Jangan lepas dah daat yang cantik , yang hodoh ditinggalkan .
- Perempuan amat sensitif bila lelaki yang dorang sayang menengking dorang secara tiba-tiba . Sebab tuh kebanyakan perempuan akan cuba menjauhkan diri dari lelaki yang mempunyai sifat panas baran .
- Percaya atau tidak , kebanyakan perempuan akan menyukai barang-barang kesukaan lelaki yang dorang sayangi even barang tuh adalah barang yang mereka lansung tak suka . Bukan setakat barang-barang , makanan , lagu dan warna yang lelaki suka pun perempuan akan suka .
- Jangan marah jika perempuan terlalu emo . Kadang-kadang perempuan emo sebab dorang nih terlalu sayang kepada pasangan dorang dan takut kehilangannya . Tapi selalu perempuan sangat emo bila waktu dorang ABC . So , jagalah hati dan perasaan perempuan masa dorang tengah ABC . Alaa , bukan hari-hari dorang ABC , sebulan 14 hari je kan . Haha !
- Perempuan sangat mudah berharap . So , kepada lelaki-lelaki diluar sana , jangan bagi harapan kepada seseorang perempuan kalau korang sendiri tak pasti sama ada harapan yang korang bagi tuh dapat ditunaikan ataupun tidak . Dan kadang-kadang , " Action speak louder than speaker ! " . Lelaki memang tak pernah cakap dia sukakan seseorang perempuan , tapi kalau dah layan baik punya lentok , lu ingat perempuan tak fikir lain ke ??!
- Bak kata Brader Leplep , perempuan suka lelaki yang wajahnya manis , bukannya bermulut manis . So , kepada lelaki sekalian , kalau korang nak bermanis mulut dengan teman wanita atau isteri korang je , itu amat digalakkan . Tapi kalau dengan semua perempuan korang nak bermanis mulut , serius mulut korang memang dah layak buat gula untuk air kopi !!
- Jangan buat perempuan yang korang sayang kecewa . Sebab sekali perempuan terlalu kecewa dengan korang , selama-lamanya hatinya telah patah . Korang melutut dan menangis airmata darah sekalipun , memang dorang susah nak terima lelaki yang telah mematahkan hati dorang . bak kata pepatah yang aku baca kat blog someone tuh kan , " Jerawat dimuka mungkin hilang , tetapi parutnya masih ada dan akan memburukkan wajah " .
P/S : PLEASE TAKE NOTE !! :D