- PUJI : Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan .
- PELUK : Pasangan suami isteri haruslah selalu berpelukan kerana itu merupakan salah satu cara untuk kita menunjukkan kasih sayang kepada pasangan . Lakukan setiap hari bahkan sekerap yang mungkin kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang .
- PENGHARGAAN : Dimana amalam memberi hadiah atau sebarang kejutan dapat menambah kasih sayang .
- PERHATIAN : Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan .
- PERSEFAHAMAN : Persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan . Suami isteri perlu sentiasa bertolak ansur antata satu sama lain .
- PERGAULAN : Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain . Terutama sekali terhadap rakan-rakan yang berlainan jantina dengan pasangan . Ini bagi mengelakkan daripada melampaui batas , menimbulkan perasaan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga .
- PERCUTIAN : Sebagai suami isteri , mereka perlulah merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan ditempat yang jauh dari kesibukan dan kehidupan rutin . Ini dapad mengeratkan lagi hubungan sesama pasangan dan menambahkan rasa kasih sayang mereka .
- PERMOHONAN : Iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia .
P/S : JADILAH DIRI SENDIRI DAN SENTIASALAH MEMBERIKAN PELUANG SERTA MELAKUKAN YANG TERBAIK BAGI MERAIH KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA ANDA . JANGAN ASYIK NAK BERCERAI-BERAI JE . SETIAP MASALAH BOLEH DISELAIKAN OKAY . THINK POSITIVE ! =)