Isnin, 27 Februari 2012

5 Kekurangan Dan Kelebihan Saya !

KEKURANGAN

  1. Sensitif : Aku memang dilahirkan untuk menjadi seorang yang sensitif . Bila kena tegur siked , mula lahh aku rasa macam nak menangis . Bukan apa , cuma malu dengan diri sendiri . Yelah , aku nih slow , bukan nya pandai sangat . So , dengan aku tuh tak payah nak bagus sangat k . Cakap slow-2 je aku boleh faham kot . And kalau rasa taknak aku bencikan korang , tolong lahh jangan nak cakap ganas-2 dengan aku sebab aku nih cepad terasa . Lu pikir lahh sendiri !
  2. Kuat cemburu : Sifat nih aku tak boleh nak buang . Entah lah . Bukan niat nak mengongkong or what . Just takut kehilangan . Itu je sebenarnya . Lagipun orang-2 tua kata cemburu tandanya sayang . Kalau aku dah cemburu sangat-2 tuh maknanya sayang aku kat orang tuh banyak lahhh kan . So , pandai-2 lahh korang nak faham sendiri .
  3. Pemalu : Haa . Yang nih memang tahap kritikal . Tak tahu lahh kenapa . Bila jumpa orang aku mampu terseyum je . Kadang-2 nak pandang orang pun aku segan . Lagi-2 kalau nampak orang yang hot-2 nih , aduhhh . Jeles seyhh dia cun . Haha !
  4. Tak pandai nak berhias diri : Sorry lahh bab makeup-2 nih aku memang tak pandai .Aku pakai apa yang aku rasa selesa je . Sebab aku nak orang tengok siapa aku yang sebenar . Bukannya siapa aku disebalik makeup yang tebal-2 bagai tuh . HAHA !
  5. Tak pandai masak : Serius aku memang tak pandai masak . Tak kesah lahh korang nak fikir apa . Tapi aku tahu , selagi ada uisaha selagi tuh kita masih mampu untuk mencuba . Masak maggie , masak mi masak yang ringkas-2 tuh aku pandai lahh siked-2 . Asal perut kenyang . Haha ! Jangan ditanya pandai masak nasi ke tak . Aku tak reti . Sumpah ! :D

KELEBIHAN
  1. Boleh mendengar kata : Okay aku lebih suka mendengar kata orang daripada aku buad sesuatu tuh dengan sendirinya . Sebab aku tahu apa yang aku buad semuanya tak betul . Haha !
  2. Mudah bangun pagi : Tersangat-2 senang untuk aku bangun pagi . Tak kesah lahh pukul berapa pun , aku boleh bangun sendiri tanpa perlu dikejut oleh orang lain .
  3. Rajin berkemas : Aku dah diajar dari kecik untuk kemas rumah . Tapi masa kecik aku nih pemalas . Bila dah besar , aku jadi rimas bila tengok rumah yang bersepah . So , kat rumah pun memang aku yang akan disuruh untuk kemas rumah . Tak kesah lahh . Aku buad mana yang termampu . Kalau penad , aku tak buad . Haha ! Nak diharapkan adik aku tuh , kemas bilik jelah mampu . Lepas tuh terbongkang balik atas katil .
  4. Suka melayan budak-2 : Sebenarnya , bila kita layan budak-2 kecik nih , kita boleh release tension . Sebab budak-2 kecik tuh pandai untuk ambil hati kita berbanding orang dewasa . Biarpun dorang tak faham apa-2 , tapi dorang pandai untuk happykan kita . Alamak , dah macam mak orang pulak aku nih .
  5. Hormat orang tua : Aku sayangkan orang tua sebab dorang lahh yang dah jaga kita dari kecik . Sifat nih wajib ada kot dalam diri setiap orang . Walaupun orang tuh jahat , tapi takde sebab untuk kita nak biadap dengan dia . Semua yang jadi tuh bersebab kan . So , kita pun kena pandai untuk atasi masalah .
** Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya . Kalau aku boleh terima kekurangan dan kelebihan orang lain , kenapa orang tak boleh terima kelebihan dan kekurangan yang aku ada ? Aku tak mintak orang bayar setiap kelebihan yang aku ada , tapi aku nak orang terima kekurangan aku . Baik buruk aku , itulah aku . Bukan berubah untuk menjadi seperti orang lain . Tapi berubah kerana kemahuan diri sendiri . So , kalau ada yang tak suka , korang boleh cakap apa pun yang korang nak cakap . Aku bukan tuhan yang mampu nak tutup mulut semua orang . Chillex  lahh :)