- Izwan - Stay Segamat . Birthday 17 Julai 1990 . Cinta pertama lah kiranya dia nih . Kenal dia masa aku baru pindah kat Serikaya . Memang aku sayangkan dia dulu . Tapi last-last dia mintak putus sebab dia kata dia nak study untuk SPM tahun 2007 . Kadang-kadang aku rasa macam tak logik pulak bagi alasan macam tuh . Lepas beberapa bulan kitorang putus , aku dapad tahu dia couple dengan orang lain . Pelik tak ? Dia kata nak SPM kan . Boleh pulak couple bagai . Alahai . Semua nih alasan ! Orang pandai manalah nak bercinta dengan perempuan macam aku ni kan . Punyalah aku menangis macam orang mati laki sebab sedih dia tinggalkan aku . Tapi lama-lama aku okay .
- Ismail - Budak kampung mak aku . Kat Endau sana . Birthday 5 Oktober 1987 . Sebenarnya dia nih ex-boyfriend kak long aku . Then after break dengan kak long , dia couple plak dengan akak aku yang number 2 ( Ain ) . Lepas tuh akak aku kenalkan aku dengan dia . Mula-mula cuma kawan je . Aku pun takda pape perasaan dengan dia sebab masa tuh aku baru je putus cinta . Aku kawan dengan dia masa aku stay JB . Cuti sekolah aku stay dengan makcik aku kat sana . Boring ! Masa tuh akhir tahun form 2 . Budak-budak lagi tapi gatal dah nak bercinta . Aku just anggap dia macam abang je . Bila dia cakap nak couple , aku just terima sebab aku tahu tu jelah satu-satunya cara untuk aku lupakan wan . Kitorang couple tak lama . Aku pun tak ingat berapa bulan . Then bila aku rasa bersalah sebab tipu perasaan aku kat dia , aku pun terus-terang and mintak putus . Lost contact then aku jumpa dia semula lepas aku putus dengan apiez .
- Shafiq - Aku panggil dia cicakman sebab dia kurus kering . Dia budak segamat jugak . Umur dia sekarang nih 20 . Still study lagi kot . Aku pernah terserempak dengan dia dekad Nirwana masa aku tengah shopping barang dapur . Masa dekad kaunter dia berdiri depan aku je tapi maybe dia dah tak kenal aku kot . Aku pun buad tak tahu jelah . Takkan tiba-tiba nak tegur pulak kan . Aku putus dengan dia sebab rasa sayang aku kat dia dah hilang kot . Entahlah . Aku couple dengan dia pun sebab aku rasa dia nih baik . Tapi aku je kot yang tak pandai nak hargai .
- Apiez - Budak segamat baru jugak . Umur pun sebaya dengan shafiq and memang member dia pun . Haha ! Tapi dia nih okay sikit . Baik pun baik . Hormat orang tua . Rajin lah tolong mak ayah dia . Dia sayang aku tapi aku je yang tak boleh nak sayangkan dia lebih-lebih . Aku yang tinggalkan dia kot sebab aku tahu dia boleh dapad perempuan yang lebih baik dari aku . Dari aku main-mainkan perasaan dia baik aku lepaskan je . Aku cakap dengan dia yang aku tak boleh nak teruskan hubungan nih sebab aku dah tak boleh nak faham dia . Then dia lepaskan aku dengan terpaksa . Aku sedih jugak sebab buad dia macam tuh tapi aku kena jugak buad .
- Adib - Budak Kampung Jawa . Birthday 25 September 1989 . Aku kenal dengan dia masa aku stay dekad Bukit Siput , rumah makcik aku . Masa tuh aku dengan cousin aku jalan-jalan . Saje nak ambil angin malam . Then lalu lah depan dia dengan membe dia ( Yus ) . Dorang tegur kitorang . Elok sangatlah . Pakai baju masing-2 dah macam couple . Merah sama merah , putih sama putih . Dorang mintak number phone and kitorang pon bagi . Saje nak lepaskan diri . Kalau tak bagi kang ada pulak dia follow sampai rumah . Contact and last-last dia ajak couple . Aku terima . Sayanglah jugak aku kat dia tapi disebabkan jarang sangat jumpa , membe aku pulak cakap yang dia nih ada perempuan lain , aku pun mintak putus dengan dia . Bayangkanlah , bape bulan couple , baru 2 kali je kot aku jumpa dia . Kelakar pulak bila ingat-ingat balik . Tahu kenapa ? Sebab dulu aku nih tak berani lagi nak berdating . Tapi dia nih baik . Aku je yang tak nampak and tak tahu betul atau tak dia ada orang lain .
- Hadi - Budak sekolah aku jugak . Kenal dengan dia pun dari membe-membe aku . Dorang cakap yang dia nak kenal dengan aku . Aku pun layankan jelah sebab hati tengah kecewa lagi start putus dengan Adib . Sama umur dengan aku . Birthday 23 Februari 1992 . Alahai budak-budak kot . Putus dengan dia sebab dia nih suka melayan perempuan . Depan mata aku dia duduk sebelah perempuan lain . Sakit hati sakit mata aku masa tuh . Masa couple dengan dia tuh , ex dia kata aku perampas . Siap panggil backup ramai-ramai then tunggu aku kat depan kelas nak tengok aku . Alah , adek-adek lah kau tuh minah . Aku keluar semua senyap macam batu . Ingat aku takut ? Aku couple dengan dia pun lepas kau putus dengan dia . So gi mam sama luu !
- Fadhil - Masuk sekolah aku masa awal tahun Form 4 . Birthday 25 Januari 1992 . Baru pindah dari Ayer Hitam . Ni lagi lah , memang banyak aku makan hati dengan perangai dia . Panas baran , melayan perempuan , penipu . Memang sumpah aku menyesal couple lama-lama dengan dia . 2 tahun setengah aku sabar dengan perangai dia . Family dia okay tapi dia je kot yang aku rasa memang tak boleh aku nak buad laki . Tersangat-sangat menyakitkan hati aku . Punyalah mati-mati aku sayangkan dia , jaga dia . Tapi last-last sampai 3 perempuan mengaku kat aku yang dia tuh bf dorang . Bangang sangat . Start hari tuh lah aku dah buang jauh-jauh sayang aku kat dia . Aku tinggalkan dia masa dia excident . Ornag degil memang itulah kot balasannya . Aku je yang tahu apa yang jadi selama 2 tahun setengah . Aku cukup terseksa !
- Shah - Aku tak ingat pulak birthday dia . Tapi yang aku ingat 27hb tahun 1989 . Aku kenal dia dari membe aku . Dia keje TM dulu . Membe aku tuh pulak selalu datang tempat keje aku buad kacau . Dia curi number aku dekad phone membe aku tuh . Dia kacau aku . Dia menyamar segala bagai lah . Last sekali dia bagitahu siapa dia yang sebenar . Aku couple dengan dia 11 hari je . Paling sekejap ! Memang sayang sangat kat dia dulu , tapi je yang tak boleh nak faham aku and terima cara aku . Nak aku je yang faham dia . Mana adil macam tuh . Dia layan perempuan lain boleh , aku tak . Gila . Putus masa harijadi aku . Memang sedih sangat-sangatlah masa tuh . Sampai 2 bulan jugak aku ambil masa untuk lupakan dia .
- Amer - Asal dari Pahang tapi stay kat Kota Tinggi . Birthday 11 Mei 1992 . Kenal dari fb je . Mula-mula kawan . Aku kawan dengan dia dah lama kot . Sebelum aku putus dengan Fadhil . Lepas aku couple dengan Shah , aku lost contact dengan dia sebab masa tuh aku dah ada pakwe . Couple dengan dia sekejap je kot . 2 3 bulan . Sayang tapi dia nih , entahlah susah pulak aku nak cakap . Cara dia kot yang aku tak boleh nak terima . Tapi dia tinggalkan aku sebab salah faham yang dia taknak fahamkan . Sengal jugak . Aku tak buad tapi dia kata aku buad . Aku paling fedup orang macam ni lah . Then lepas dia tinggalkan aku , aku mula fikir yang dia memang tak sesuai dengan aku and tak boleh nak jaga aku pun .
- Shamsul Amri - Couple 9 April then break 1 Disember 2011 . Dekad 8 bulan aku couple dengan dia . Sampai sekarang aku sayangkan dia lagi tapi aku kena belajar terima kenyataan yang dia ah tak nak aku . Family aku terima dia tapi tak sangka pulak jadi macam nih . Birthday 15 Oktober 1985 . Sayang sangat-sangat aku kat dia . Sumpah tuhan je yang tahu macam mana sedihnya aku bila dia tinggalkan aku . Banyak sangat kenangan aku dengan dia . Sampai sekarang still aku simpan gambar-gambar kitorang . Aku takkan buang selagi tak ada orang yang ganti dia dalam hati aku . Dia baik pada aku cuma dia tak boleh nak terima cara aku kot . Aku jaga hati dia lebih dari aku jaga hati family aku sendiri . Selama kitorang couple pun cuma sekali je kot yang aku pernah tipu dia . Aku sayang sangat dekad family dia . Masa couple dulu aku selalu jugak pergi rumah dia jumpa mak dengan bapak . Tapi start putus dengan dia aku dah tak jumpa dorang . Sumpah rindu gila nak tengok family dia sebab dorang baik dengan aku . Mak dia , akak-akak dia , bapak dia , anak-anak buah dia , tersangat-sangat baik . Aku bagi harapan yang tinggi kat dia . Sampai sekarang pun aku masih berharap yang dia akan jadi pakwe aku semula . Dia kata yang jodoh aku bukan dengan dia , sebab tuh kitorang kena putus . Aku redha walaupun aku rasa alasan tuh sangat tak logik . Dan sampai sekarang aku tak boleh nak bagi hati aku kat orang lain . Salah aku jugak sebab sayangkan dia sangat and berharap tinggi kat dia . Aku kena terima kenyataan yang dia bukan milik aku lagi . Sabarlah reen .
P/S :: JANGAN BERHARAP PADA PASANGAN ANDA DAN SAYANGILAH DIRI ANDA SEBELUM ANDA MENYAYANGI DIRI ORANG LAIN ~